Bagaimana Untuk Merujuk Kes?

Kami menerima rujukan daripada hospital dan klinik kerajaan atau swasta. Semua rujukan yang dibuat perlulah mengandungi maklumat penting seperti sejarah pesakit dan keputusan-keputusan ujian yang berkaitan.

Dalam kes yang memerlukan temujanji atau kemasukan ke wad dengan segera, doktor yang merujuk perlu berhubung terus dengan Pakar Rehabilitasi yang berkenaan.

Temujanji dengan Klinik Pakar boleh dibuat melalui telefon, secara online atau datang terus ke kaunter klinik.

Semua pesakit perlu diperiksa oleh doktor rehabilitasi sebelum rujukan untuk perkhidmatan lain seperti fisioterapi dan lain-lain boleh dilakukan.