Kemudahan

Kemudahan Rawatan

Hospital Rehabilitasi Cheras mempunyai kapasiti 166 katil (boleh dipertingkatkan kepada 300 katil).

Hospital ini dilengkapi dengan peralatan pemulihan yang terkini dan berteknologi tinggi seperti teknologi robotik dan “virtual reality”.

Antara kemudahan yang disediakan termasuk:

  • Gimnasium Fisioterapi
  • Ruang Jurupulih Terapi Cara Kerja
  • Terapi pertuturan dan Ruang Audiologi
  • Cohort Gym
  • Kolam terapi hidro
  • Kemudahan Daycare
  • Studio Unit Kendiri

Kemudahan Awam

Kafeteria

Kafeteria terletak di lobi utama. Kafeteria ini menyediakan pelbagai juadah untuk sarapan pagi dan tengah hari, manakala masakan panas pula disediakan pada sebelah petang. Kafe ini dibuka setiap hari antara jam 7.00 pagi hingga 6.30 petang, kecuali pada hari Ahad.

Surau Mesra OKU

Terdapat enam buah surau mesra OKU (untuk lelaki dan wanita) yang disediakan untuk kemudahan semua. Surau-surau tersebut terletak kawasan gimnasium (bersebelahan gimnasium Fisioterapi), lobi utama (berhadapan unit Dietetik) dan kompleks wad (berhadapan Wad 1C).

Taman Terapeutik

Terdapat beberapa taman terapeutik yang dibina di Hospital Rehabilitasi Cheras untuk membantu proses pemulihan pesakit. Taman-taman ini terletak berhampiran kompleks wad dan kawasan gimnasium.

Kedai Serbaneka

Kedai serbaneka terletak berhadapan Unit Kemasukan Pesakit di kompleks wad. Kedai ini dibuka antara jam 7.00 pagi hingga 9.30 malam setiap hari.

Parkir Kereta Awam

Terdapat sejumlah parkir kereta awam yang disediakan utntuk kemudahan orang ramai termasuk parkir khas untuk pemandu OKU. Parkir yang disediakan percuma ini terletak berdekatan dengan pintu masuk utama, kawasan gimnasium dan kompleks wad untuk memudahkan aksesibiliti ke kawasan-kawasan tersebut.

Meditel

Kemudahan penginapan ini disediakan untuk penjaga pesakit di dalam wad. Asrama ini mempunyai 23 buah bilik. Setiap bilik dilengkapi dengan perabot dan dua katil single beserta tandas. Kemudahan lain yang disediakan termasuk ruang tamu, dapur, bilik mencuci pakaian dan ruang solat. Mesin basuh turut disediakan untuk kemudahan pelawat.

Kadar bayaran yang dikenakan pula adalah sangat berpatutan iaitu hanya RM15 semalam. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Kerja Sosial Perubatan di talian 03-91453400 sambungan 2700 / 8597.