Keselamatan Pesakit

Polisi Keselamatan Pesakit dan Kualiti

Di Hospital Rehabilitsi Cheras, kami komited unutk memastikan keselamatan pesakit. Perkhidmatan kesihatan yang berkualiti juga turut menjadi teras perkhidmatan kami.

Sehubungan dengan itu, Polisi Keselamatan Pesakit dan Kualiti diwujudkan berpandukan kepada garis panduan Malaysian Patient Safety Goals oleh Majlis Keselamatan Pesakit Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Polisi ini merangkumi:

1- Untuk Melaksanakan Tadbir Urus Klinikal yang baik

  • “Clinical Governance” ialah suatu rangka kerja untuk menjamin akauntabiliti dalam sektor kesihatan yang merangkumi aspek kualiti, keselamatan dan pengurusan risiko.
  • Rangka kerja ini termasuk audit klinikal dalaman, audit luaran, “Clinical Risk Management” dan perkhidmatan berteraskan pelanggan (patient-centered services).
  • Audit Klinikal Dalaman dilaksanakan melalui Mesyuarat Morbiditi dan Mortaliti Jabatan.
  • Audit External dilakukan oleh auditor luar termasuk daripada ISO dan MSQHO and MSQH.
  • “Clinical Risk Management” meliputi pelaksanaan “Incident Reporting and Learning System” (RCA and HFMEA), Kawalan Infeksi Hospital dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
  • Perkhidmatan berteraskan pelanggan termasuk pelaksanaan Kajian Kepuasan Pelanggan dan Pengurusan Aduan.
  • Implementasi “Clinical Governance” menjadi salah satu daripada Key Performance Indicator (KPI) hospital.


2. Untuk Melaksanakan WHO’s 1st Global Patient Safety Challenge: “Clean Care is A Safer Care”

  • Jangkitan nosokomial kini menjadi salah satu penyebab morbidity dan kematian kepada pesakit yang dirawat dalam wad di kebanyakan fasiliti kesihatan di seluruh dunia.
  • Hospital Rehabilitasi Cheras komited dalam memastikan pematuhan kepada penjagaan kebersihan tangan.
  • Kempen Mencuci Tangan kerap diadakan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kebersihan tangan.
  • Audit terhadap pematuhan pencucian tangan di kalangan anggota kesihatan kerap diadakan dan menjadi salah satu Key Performance Indicator (KPI) hospital.


3. Melaksanakan WHO’s 3rd Global Patient Safety Challenges: “Tackling Antimicrobial Resistance”

  • Kerintangan antibiotik oleh bakteria memberikan ancaman baru kepada kawalan dan menyukarkan rawatan jangkitan kuman.
  • Di Hospital Rehabilitasi Cheras, polisi penggunaan antibiotik dilaksanakan berdasarkan garis panduan “The Malaysian National Antibiotic Guidelines, The National and State Campaign on Containment of Antimicrobial Resistance and Antibiotic Stewardship Programme” untuk mengurangkan kerintangan antibiotik.
  • Kadar insiden jangkitan mikroorganisma yang mempunyai virulens tinggi seperti MRSA and ESBL menjadi salah satu Key Performance Indicator (KPI) hospital.


4. Untuk meningkatkan ketepatan pengenalan pesakit

  • Identifikasi pesakit yang betul adalah sangat penting bagi memastikan rawatan yang sepatutnya diberikan kepada pesakit yang betul.
  • Di hospital ini, sekurang-kurangnya dua tanda pengenalan pesakit digunapakai bagi mengenalpasti setiap pesakit.
  • Pematuhan kepada sistem pengenalan pesakit di atas menjadi salah satu Key Performance Indicator (KPI) hospital.


5. Untuk memastikan keselamatan ubat

  • Mewujudkan langkah keselamatan semasa pemberian ubatan yang mempunyai ciri “Look Alike Sound Alike” bagi mengurangkan risiko pemberian ubat yang salah.
  • Pengaplikasian konsep 6R semasa pemberian ubatan – RIGHT patient, medication, time, dose, rout and documentation.
  • Bilangan kes “Near misses and Actual Medication Errors” menjadi salah satu daripada Key Performance Indicator (KPI) hospital.


6. Untuk meningkatkan komunikasi klinikal dengan melaksanakan program nilai kritikal

  • Kelewatan dalam memaklumkan keputusan ujian makmal yang kritikal boleh menyebabkan morbidity dan mortaliti kepada pesakit.
  • “Percentage of Critical Values Notified Within 30 minutes or Less” menjadi salah satu daripada Key Performance Indicator (KPI) hospital.


7. Untuk mengurangkan pesakit jatuh

  • Insiden pesakit jatuh semaa menerima rawatan boleh menyebabkan komplikasi yang serius dan sebahagain besar insiden tersebut boleh dielakkan.
  • Langkah-langkah untuk mengurangkan risiko pesakit jatuh dilaksanakan di hospital kami bagi mengurangkan insiden pesakit jatuh.
  • “Percentage reduction in the Number of Falls for both adults and paediatrics” menjadi salah satu daripada Key Performance Indicator (KPI) hospital.


8. Untuk mengurangkan kejadian Healthcare Associated Pressure ulcers

  • Insiden kudis tekanan semasa pesakit menerima rawatan dalam wad boleh menyebabkan komplikasi yang serius dan sebahagian besar insiden tersebut boleh dielakkan.
  • “Incidence Rate of Pressure Ulcers” menjadi salah satu daripada Key Performance Indicator (KPI) hospital.


9. Untuk melaksanakan Sistem Pelaporan dan Pembelajaran Insiden

  • Penyiasatan terhadap punca sesuatu insiden yang berlaku adalah penting bagi mengelakkan insiden yang sama daripada berulang.
  • Root Cause Analyssis (RCA) digunapakai sebagai salah satu mekanisma di dalam Incident Reporting System.