UNIT AUDIOLOGI
FUNGSI
Menyediakan perkhidmatan audiologi yang komprehensif kepada individu yang mengalami masalah pendengaran, gangguan vestibular dan keseimbangan, tinnitus dan gangguan pemprosesan pendengaran melalui penilaian, intervensi awal, kaunseling dan program pendidikan kepada pesakit, ahli keluarga dan komuniti.
KENAPA MEMILIH KAMI?
- Pegawai mempunyai pengkhususan / credentialing dan terlatih dalam bidang audiologi
- Mempunyai teknologi canggih dalam peralatan diagnostik untuk perkhidmatan pendengaran dan keseimbangan
- Mempunyai pasukan multi disiplin yang bekerjasama menyediakan rehabilitasi yang efektif
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
- PENILAIAN PENDENGARAN
- Perkhidmatan penilaian pendengaran menggunakan ujian audiometri nada tulen, timpanometri dan lain-lain. Pesakit juga akan diberikan kaunseling mengenai masalah pendengaran, penggunaan alat bantu dengar, strategi komunikasi, latihan auditori dan sebagainya.
- PENILAIAN DAN REHABILITASI VESTIBULAR & KESEIMBANGAN
- Penilaian menyeluruh masalah vestibular dan keseimbangan menggunakan ujian-ujian seperti video-nystagmography, caloric, rotational chair, vestibular-evoked myogenic potential dan sebagainya. Pesakit yang mempunyai masalah vestibular dan keseimbangan akan diberikan rehabilitasi vestibular bagi mengurangkan masalah vertigo dan keseimbangan.
- PENILAIAN DAN REHABILITASI PEMPROSESAN AUDITORI PUSAT
- Unit audiologi menjalankan ujian auditory processing seperti dichotic digits, pitch pattern sequence, duration pattern sequence, masking level difference dan sebagainya. Pengurusan masalah pemprosesan auditori juga akan diberikan kepada pesakit.
- PERKHIDMATAN AURAL (RE)HABILITASI
- Rehabilitasi audiologi untuk kanak-kanak dan dewasa yang mempunyai masalah pendengaran adalah merupakan kombinasi perkhidmatan yang membantu pesakit dan keluarga mereka menangani masalah pendengaran bagi meminimumkan kesan negatif gangguan pendengaran terhadap interaksi sosial dan kualiti hidup.
- Pemulihan berkesan ini dapat dicapai dengan menggabungkan komponen seperti pengoptimuman fungsi auditori, penggunaan teknologi alat bantu dengar atau implan koklea, peningkatan persepsi dan komunikasi pertuturan melalui latihan auditori dan efektif kaunseling.
- PENILAIAN DAN REHABILITASI TINNITUS
- Unit Audiologi menyediakan perkhidmatan pengurusan masalah tinnitus dan kaunseling berinformasi. Perkhidmatan yang dijalankan merangkumi pitch and loudness matching, minimum masking level, residual inhibition, sound therapy dan sebagainya.
- PERKHIDMATAN ELEKTROFISIOLOGI
- Ujian elektrofisiologi yang dijalankan termasuklah auditory brainstem response (ABR), steady-state evoked resonse (ASSR), cortical auditory evoked potential (CAEP), electrocochleography (ECochG) dan sebagainya bagi menilai masalah pendengaran dan integriti saraf.
- PERKHIDMATAN TELEAUDIOLOGI
- Unit Audiologi HRC turut menyediakan perkhidmatan audiologi secara dalam talian (teleaudiologi). Perkhidmatan yang ditawarkan menerusi teleaudiologi adalah seperti konsultasi amplifikasi, pemantauan dan fine tuning alat bantu dengar, latihan auditori dan rehabilitasi tinnitus dan masalah pemprosesan auditori pusat.


