Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan di HRC?
-Pesakit hendaklah dirujuk dari hospital/klinik ke HRC untuk mendapatkan temujanji rawatan di HRC.
Adakah HRC menerima pesakit rujukan dari hospital swasta?
-YA, HRC menerima rujukan dari hospital swasta
Adakah HRC menerima pesakit rujukan dari hospital luar negara?
-YA, HRC menerima rujukan dari hospital luar negara.
Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan?
-Pesakit perlu membawa surat rujukan, rawatan perubatan, senarai ubat, laporan makmal dan Salinan pengimejan terkini.
Apakah jenis rawatan yang disediakan di HRC?
-Sila rujuk laman sesawang www.hrc.moh.gov.my
Adakah HRC menerima pesakit walk in?
-HRC tidak menerima pesakit walk in.
Adakah hospital menyediakan perkhidmatan Jabatan Kecemasan?
-HRC tidak menyediakan perkhidmatan Jabatan Kecemasan.
Adakah HRC menyediakan perkhidmatan day care kepada pesakit?
-HRC menyediakan perkhidmatan daycare kepada pesakit bergantung kepada penilaian doktor.
Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?
-Hanya seorang waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad untuk membantu dalam pemulihan.
Apakah masa lawatan pesakit di wad?
Buat masa ini pelawat tidak dibenarkan melawat pesakit KECUALI dengan kebenaran bertulis daripada pihak hospital sahaja.
Adakah HRC menyediakan pengangkutan untuk pesakit?
-HRC menyediakan pengangkutan shuttle untuk mengambil dan menghantar pesakit dilokasi yang telah ditetapkan sahaja.
Berapakah caj perkhidmatan shuttle HRC?
–Perkhidmatan shuttle ini adalah PERCUMA.
Adakah perkhidmatan shuttle HRC mesra OKU?
–Perkhidmatan shuttle ini adalah mesra OKU
Bagaimana cara untuk memohon perkhidmatan shuttle HRC?
–Pemohon boleh menghubungi talian 03-91459986 atau hadir sendiri di kaunter shuttle dan kerusi roda di Lobi Aras G (bersebelahan dengan Klinik Pakar).
Pesakit perlu melengkapkan Borang Pelepasan Tanggungan untuk mengisi nama, nombor telefon dan lokasi pesakit
Adakah perkhidmatan shuttle boleh mengambil pesakit/waris di rumah?
–Perkhidmatan shuttle TIDAK mengambil/menghantar pesakit/waris di rumah
Apakah tempoh masa perkhidmatan shuttle?
Masa perkhidmatan adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Adakah hospital menyediakan perkhidmatan meminjam kerusi roda?
-HRC menyediakan perkhidmatan kerusi roda dan ia hanya untuk kegunaan rawatan ke unit/jabatan di dalam premis HRC sahaja.
Bagaimana cara untuk memohon menggunakan
perkhidmatan Meditel?
–Pemohon (penjaga pesakit) perlu mendapatkan borang
rujukan dari pegawai perubatan dan diserahkan kepada kerani kaunter di Meditel.
Jika ada kekosongan bilik, pemohon akan diberikan kunci dan pas menduduki meditel.
Adakah pengguna Meditel dibenarkan untuk memasak di
dalam fasiliti?
–Penghuni TIDAK dibenarkan memasak di dalam
fasiliti.
Adakah pengguna Meditel dibenarkan untuk membasuh
pakaian di dalam fasiliti?
–Penghuni BOLEH membasuh pakaian di dalam fasiliti, Meditel menyediakan dua buah mesin basuh dan bilik laundry untuk menyidai pakaian
Apakah masa operasi hospital?
–Waktu operasi HRC ialah dari jam 8.00 pagi hingga5.00 petang.
**kecuali untuk wad –sila rujuk waktu lawatan ke wad-wad.
–Terdapat sebuah Kafeteria di Aras G, Lobi Utama
Adakah hospital menyediakan kedai runcit dalam kawasan hospital?
-Terdapat sebuah kedai Hospimart di Aras G Bangunan Wad
Adakah hospital menyediakan perkhidmatan mesin mengeluarkan wang dalam fasiliti hospital?
–Buat masa ini HRC TIDAK mempunyai kemudahan mesin mengeluarkan wang.
Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit/waris?
-HRC TIDAK bertanggungjawab diatas sebarang kehilangan harta benda di premis hospital
Berapakah caj pesakit luar untuk warganegara?
-Rujukan klinik kerajaan:
-Rawatan kali pertama: Sedang dikemaskini
-Rawatan susulan: Sedang dikemaskini
-Rujukan swasta:
-Rawatan kali pertama: Sedang dikemaskini
-Rawatan susulan: Sedang dikemaskini
Berapakah caj pesakit luar untuk bukan warganegara?
-Rawatan kali pertama: Sedang dikemaskini
-Rawatan susulan: Sedang dikemaskini
Berapakah caj kemasukan @ cagaran wad hospital bagi warganegara?
-Kelas 1 (satu katil):
Wang cagaran : Sedang dikemaskini
Caj wad: Sedang dikemaskini
Caj pesakit dalam : Sedang dikemaskini
-Kelas 1(dua katil):
Wang cagaran : Sedang dikemaskini
Caj wad: Sedang dikemaskini
Caj pesakit dalam : Sedang dikemaskini
-Kelas 3:
Wang cagaran: Sedang dikemaskini
Caj wad: Sedang dikemaskini
Caj pesakit dalam : Sedang dikemaskini
Berapakah caj kemasukan @ cagaran wad hospital bagi bukan warganegara?
-Kelas 1 (satu katil):
Wang cagaran : Sedang dikemaskini
Caj wad: Sedang dikemaskini
Caj pesakit dalam : Sedang dikemaskini
-Kelas 1 (dua katil):
Wang cagaran : Sedang dikemaskini
Caj wad: Sedang dikemaskini
Caj pesakit dalam : Sedang dikemaskini
-Kelas 3:
Wang cagaran: Sedang dikemaskini
Caj wad: Sedang dikemaskini
Caj pesakit dalam : Sedang dikemaskini
Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bil hospital?
-Pengecualian bayaran kepada:
2.Pemegang kad OKU
3.Penerima zakat
4.Pelajar sekolah dengan surat sah dari pihak sekolah
5.Warga emas:
·Rawatan pesakit luar : percuma
·Rawatan pesakit dalam : potongan 50%
Bolehkah urusan pembayaran di buat menggunakan kad debit/kredit?
-Segala urusan pembayaran adalah dalam tunai sahaja.
Adakah klinik pakar menyediakan laluan R Lane?
–HRC TIDAK menyediakan laluan R Lane kerana majoriti pesakit adalah OKU, warga emas dan kanak-kanak.
Adakah pesakit OKU diberi laluan khas?
–TIDAK, klinik pakar HRC tidak menyediakan laluan R Lane.
Apakah masa perkhidmatan Klinik pakar?
Isnin
hingga Khamis:
8.00 pagi – 1.00 tengah hari dan
2.00 petang – 5.00 petang.
Jumaat:
8.00 pagi – 12.00 tengah hari dan
2.45 petang – 5.00 petang
Sabtu /Ahad: Tutup
Apakah cara untuk merujuk pesakit ke HRC
-Sila rujuk laman sesawang www.hrc.moh.gov.my
Apakah dokumen yang perlu disediakan untuk mendapatkan temujanji di klinik pakar?
-Pesakit perlu menyediakan surat rujukan yang lengkap dari doktor yang sedang merawat dari mana-mana hospital kerajaan/swasta.
Berapa lama tempoh menunggu sebelum tarikh temujanji?
-Tidak melebihi 30 hari.
Adakah pesakit boleh memilih doktor yang akan merawat di klinik?
-TIDAK.