JABATAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI (T&CM)
PENGENALAN
Hospital Rehabilitasi Cheras merupakan hospital yang ke-11 menawarkan perkhidmatan Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM). Amalan-amalan yang ditawarkan adalah Urutan Tradisional Melayu, Akupunktur, Shirodhara dan Basti Terapi.
Jabatan ini memulakan perkhidmatan pada November 2012 dan mempunyai seorang Ketua Jabatan, 2 orang Jururawat Terlatih, seorang Jururawat Masyarakat dan 2 orang Pembantu Perawatan Kesihatan serta 3 orang pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM).
SIAPAKAH YANG BOLEH MENERIMA RAWATAN TCM
- Pesakit – pesakit yang ingin mendapatkan rawatan haruslah mendapatkan surat rujukan dari mana- mana Pegawai Perubatan / Pakar Perubatan terlebih dahulu.
- Indikasi untuk rawatan adalah kesakitan kronik (chronic pain) dan angin ahmar (post stroke) sebagai rawatan komplementari.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN



