Salam Sejahtera,
Dikesempatan ini saya ingin menzahirkan rasa kesyukuran dan setinggi-tinggi penghargaan kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan kata-kata aluan di laman web rasmi Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) ini.
Hospital Rehabilitasi Cheras mengambil pelbagai inisiatif ke arah melahirkan perkhidmatan yang cemerlang,berkualiti dan berkesan bagi semua pesakit . Laman Web ini menjadi medan informasi kepada seluruh rakyat dan warganet untuk mengenali dengan lebih dekat objektif utama serta fungsi HRC dalam melestarikan perkhidmatan kesihatan kepada orang awam.
HRC merupakan sebuah inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memberikan perawatan rehabilitasi kepada pesakit-pesakit yang memerlukan penjagaan, rawatan dan sokongan yang bagi membolehkan seseorang pesakit mencapai tahap keberdikarian yang semaksima mungkin.
Hasil kerjasama dan semangat berpasukan yang diterapkan oleh para pegawai dan seluruh warga HRC, banyak pencapaian serta pengiktirafan yang memberangsangkan telah kami terima sepanjang HRC ditubuhkan. Antaranya ialah persijilan MSQH dan ISO 9001:2015. HRC juga telah menerima Anugerah Aksesibiliti Sejagat oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur bagi tahun 2013 dan 2018.
Selain itu, HRC juga telah menerima pelbagai penghargaan pencapaian yang membanggakan. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada seluruh warga HRC .Saya berharap seluruh warga HRC beriltizam untuk terus berusaha dengan lebih gigih ke arah pencapaian yang lebih gemilang .
Pengarah
Dr. Jasmeet Singh A/L Sucha Singh